Powered By Blogger

Tuesday 1 October 2013


 Forum
• Debat
• Pidato
• Pantun
• Sajak
• Ceramah
• Syarahan


A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

 
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu 
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

 
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi 
sampingan. 

 
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN
· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. 
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK
· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH
· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. 
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM
§ Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
§ Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif dan rasional.
§ Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
§ Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.

F) DEBAT
ü Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
ü Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua sebaliknya. 
ü Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
ü Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
ü Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan. 
ü Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
ü Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.


G) PIDATO
v Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.

Monday 23 September 2013

Teknik lain dalam pengujian bertutur


Teknik Dekon

Langkah Mengajar
a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
b. seorang atau beberapa orang murid melakonkan aski yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari.
c. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk sajak.

Sumber:
DBP




Teknik Mestamu

Langkah Mengajar
a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik
b. Gunakan melodi lagu yang diminati / popular.
c. Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari.
d. Murid akan mudah mengingati sajak / puisi

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.

Sumber:
DBP


Teknik Berdialog

a. Pelajar perlu fahami keseluruhan isi cerpen.
b. Pelajar diminta membuat dialog atau perbualan berdasarkan cerpen yang dibaca.
c. Dialog perlu dilakonkan oleh pelajar.
d. Cara ini dapat meningkatkan tahap pencapaian mengingati fakta dan mencungkil bakat.
e. Dialog dapat melatih pelajar bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
f. Sesuai digunakan untuk mengajar Cerpen.



Teknik Teater Pembaca

a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.





Saturday 6 July 2013

KEADAH PENILAIAN BAHASA

1. Penilaian Melalui Portfolio. 2. Penilaian Melalui Pemerhatian. 3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran. 4. Penilaian Melalui Soal Jawab. 5. Penilaian Melalui Projek. 6. Penilaian Melalui Kertas Kerja. Penilaian Melalui Portfolio. Apakah portfolio? • Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Ciri-ciri portfolio. • Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. • Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. • Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. • Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. • Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Penilaian Portfolio • Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. • Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. • Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina..... 1. Porfolio kerja harian 2. Portfolio hasil terbaik 3. Portfolio dokumen. 1. Portfolio Kerja Harian • Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. • Contohnya; Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut. 2. Portfolio Hasil Terbaik • Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. • Berbentuk sumatif • Contohnya; Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik. 3. Portfolio Dokumen • Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. • Contohnya; Hasil lukisan daripada warna tersebut. Kegunaan Portfolio • Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. • Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar • Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. • Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. • Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. Perancangan Portfolio Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio: 1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2. Kenalpasti isi kandungan portfolio. 3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. 4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio. Bagaimana Portfolio dinilai? • Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. • Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. • Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai. Merekod Penilaian Portfolio • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred. Kriteria penilaian I. Struktur dan organisani II. Strategi pengurusan III. Variasi isi yang sesuai IV. Struktur ayat dan gaya bahasa V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar. VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan. Penilaian Melalui Pemerhatian • Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P. • Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor. • Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile. • Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar. • Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran. • Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian; 1. Kualiti Pemerhatian 2. Bentuk perancangan 3. Merekod penilaian pemerhatian 4. Jenis Pemerhatian 5. Strategi pelaksanaan 6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian. Kualiti Pemerhatian • Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya. • Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. • Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. • Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. • Tekal dan stabil dalam penilaiannya. Bentuk Perancangan • Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. • Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. • Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian. Merekod penilaian pemerhatian • Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan • Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas b) Menjalankan Tugasan • Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan • Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. d) Tindakan Susulan • Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai. Rekod anekdot • Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut: 1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa) 2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu 3. Muzik 4. Kecekapan (body khanisthetic) 5. Kecekapan intrapersonal 6. Kecekapan interpersonal Kecekapan Linguistik • Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang. Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu. • Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang. Muzik • Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu. Kecekapan (body khanisthetic) • Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis. Kecekapan Intrapersonal • Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri. Kecekapan interpersonal • Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain. Jenis pemerhatian Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu: I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense. Strategi Pelaksanaan. I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang. II. Menggunakan senarai semak. III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. Fungsi Pemerhatian • Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. • Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik. PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN PENGENALAN Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran. KONSEP Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :- • Bentuk akhir tugasan dihasilkan • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?) • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja) • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan. FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :- • mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri • kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya • bukti menunjukkan objektif tercapai • bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai • Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri • Menghasilkan kerja yang terancang • Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ? Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:- 1. Penilaian objektif tugasan • Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU • Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU • Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru 2. Hasil Pembelajaran • Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll) • Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru 3. Penilaian • Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU • Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU • Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU • Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny FORMAT / BENTUK KONTRAK Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas. PERINGATAN: Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat. Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. Ø Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas. Ø Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar. Ø Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran. Ø Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Penilaian Melalui Projek Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989). Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut: Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.• Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan• inovasi. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang• terdapat di luar bilik darjah. Ciri-ciri Penilaian Projek > Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). >Jangka masa yang panjang >Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. >Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. >Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediaka projek atau dalam kumpulan. >Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu >Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehanmembuat tugasan bersama orang lain.> >Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. > Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. > Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Jenis-jenis penilaian Projek Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan• atau bertulis. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan• menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.• Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.• Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

Monday 24 June 2013

Perbezaan antara pentaksiran, pengujian, penilaian dan pengukuran




Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian
Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).
Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.
Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.
Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.
Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.
Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.
Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).

Thursday 20 June 2013

Pentaksiran, penilaian dan pengukuran

a)Pentaksiran
  • Suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu
  • Melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
  • Sebahagian daripada proses pembelajaran.
  • Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
  • Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
  • Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
b)Pengukuran
  • Proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut.
  • Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
  • Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
  • Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.
  • Misalnya,Jelita mendapat markah 80 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Prestasi Jelita tidak dapat dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya.
  • Ini kerana kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.
  • Pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.
  • Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian.
  • Pengukuran adalah menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.
  • Pengukuran juga tidak bersifat mutlak.
  • Ketinggian mental seseorang individu lebih sukar untuk diukur.berbanding ketinggian fizikal.
c)Penilaian
  • Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
  • Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.
  • Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.
  • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
  • Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
  • Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
  • Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
  • Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
  • Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.
  • Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.
  • Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.
  • Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
  • Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.
  • Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami.
  • Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.
  • Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.
  • Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
  • Dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai.
  • Penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
  • Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran dalam bahasa.
  • Terdapat benyak persoalan yang perlu diselesaikan dalam membuat penillaian seperti apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.
d) Pengujian
  • Merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti.
  • Ujian adalah alat ukur.
  • Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.
  • Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
  • Ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran.
  • Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
  • Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
  • Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
  • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
  • Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
  • Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
  • Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan dikukuhkan oleh Milagros(1981) seperti yang terkandung dalam Raminah Hj.Sabran(1991). (Raminah 1991:2).
  • Proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
  • Proses pengujian membolehkan guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai tahap kemahiran yang telah dipelajari.

    Rujukan
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.